Penutup

Bagi anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut riwayat hidup Muhammad dan Islam, anda digalakkan membaca buku-buku berikut:


"Ar-raheeq Al-Makhtum", (Diterjemahkan ke bahasa Inggeris) oleh Safi ur-Rahaman Al-Mubarakpuri, Maktaba Dar-Us-Salam.

"The Life of Muhammad" oleh Muhammad Husayn Haykai, diterjemahkan daripada edisi kelapan oleh Ismail Ragi A. Al-Faruqi, Crescent Publishing, atau North American Trust Publication, ISBN # 0-89259-002-5.

"Concept of Islam", oleh Mahmoud Abu Saud, American Trust Publication, ISBN# 0-89259-043-2.

Notakaki


1. Penterjemah: Yang dimaksudkan dengan mawali adalah orang-orang yang akan mengendalikan dan melanjutkan urusannya sepeninggalannya.


2. Taif adalah bandar taman dan ladang di mana ramai bangsawan Quraisy memiliki tanah di situ yang digunakan oleh mereka untuk 'bercuti' pada musim panas.

3. Zaid bin Thabit adalah salah seorang "Kuttab Al-Wahi", iaitu orang yang dipertanggungjawapkan menulis Qur'an dan merekodkannya semasa ia diwahyukan kepada Muhammad (s.a.w.).


4. Al-Qur'an, Al-'Imran (3):64


5. Banyak tafsiran yang dikemukakan tentang apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh Muhammad (s.a.w.) dengan 'Ariusin, namun fahaman yang diterima ramai adalah sama ada "para peladang" atau "pengikut-pengikut". Oleh yang demikian, dalam kedua-dua kes yang dimaksudkan adalah bahawa kaisar Rom akan bertanggungjawab di atas kesesatan pengikut-pengikutnya jika beliau memilih untuk menghalang mereka daripada menerima agama Tuhan.


6. Pada masa ini Abu Sufyan masih lagi menyembah berhala dan belum menerima Islam.


7. Bani Abdul Manaf (keturunan Abdul Manaf) adalah suku Muhammad. Abdul Manaf adalah moyang kepada Muhammad (s.a.w.).
8. Walaupun mempunyai banyak sifat-sifat keji, golongan penyembah berhala Arab amat berhati-hati menjaga maruah mereka. Mereka lebih rela mati daripada membiarkan perbuatan tidak bermaruah dikaitkan dengan nama mereka. Jadi walaupun mereka sanggup melakukan perbuatan yang tidak berakhlak, mereka tidak suka jika ia diketahui umum.


9. Memeluk agama Islam menghapuskan dosa-dosa lalu, tidak kira betapa besar dan banyak. Allah telah berjanji untuk mengampunkan sesiapa yang bertaubat kepadanya tidak kira walaupun dosa-dosanya lebih banyak daripada titisan air laut. Tetapi ini adalah keputusan peribadi Abu Sufyan dan tidak diwajibkan ke atasnya oleh Islam atau oleh Muhammad (s.a.w.).


10. Dengan kata lain, membalas dendam kerana pertumpahan darah yang lampau, bermegah-megah tentang keagungan masa lalu (amalan bangsa Arab), dan bermegah dengan kekayaan dihapuskan dan semua orang memulakan hidup baru. Daripada amalan-amalan lama yang kamu megahkan dan bersaing di antara satu sama lain, hanya Sidanah dan Siqaya yang dikekalkan kerana ia berkaitan dengan khidmat terhadap rumah Allah dan jemaah hajiNya.

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home