Keadaan Arab Sblm Islam

"Sesungguhnya Al-Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal saleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar." Al-Qur'an, Al-Israa' (17):9


Kawasan di sekeliling Semenanjung Arab


Pada abad keenam Masihi, semasa kelahiran Muhammad (s.a.w.), Semenanjung tanah Arab dikelilingi oleh beberapa empayar yang besar. Empayar-empayar ini sering bertelingkah, berperang dan menakluki wilayah. Sempadan negara sentiasa bertukar dan kadang kala sesebuah negara jatuh di bawah kemaraan tentera jiran yang lebih gagah dan berkuasa. Bagaimanapun, pada zaman di mana rakyat negara-negara ini telah biasa dengan berbagai pemerintah dan penakluk-penakluk,lalu Allah swt mengutuskan seorang Nabi untuk melindungi Semenanjung Arab daripada kuasa-kuasa ini dan membiarkan penduduknya bebas dan menghapuskan konsep penyembahan sesama manusia di mana, mereka mendakwa dirinya "penjelmaan" tuhan-tuhan mitos seperti mana yang terjadi pada bangsa Rom, Parsi, India dan dan lain-lain.


Empayar Rom


Keadaan Empayar Rom bukanlah keadaan yang dicemburui. Empayar Bizantin (terletak di bahagian timur Empayar Rom) dibebani dengan cukai dan rasuah berleluasa. Rakyatnya amat kecewa dengan keadaan mereka yang melarat sehinggakan kekacauan dan rusuhan adalah perkara biasa. Pada tahun 532 M, pada zaman pemerintahan Justin I, satu rusuhan telah menyebabkan kematian lebih tiga puluh ribu rakyatnya di ibu kotanya. (Konstantinopal.
Pada masa ini). Pengumpulan harta dan wang dengan apa cara sekali pun menjadi amalan biasa pada masa itu. Golongan elit agama amat tidak bertolak-ansur terhadap sesiapa yang tidak mengikuti kepercayaan mereka dan ini mengakibatkan banyak pertumpahan darah dan kempen-kempen penindasan. Para pemerintah tenggelam dalam kemewahan dan berbuat sesuka hati tanpa mempedulikan apa akibatnya terhadap rakyat mereka. Kegiatan hiburan terdiri daripada sukan-sukan darah yang amat kejam. Sehingga 80,000 orang akan menghadiri acara-acara ini pada satu-satu masa yang diadakan di koliseum untuk menghiburkan diri dengan menyaksikan pertarungan maut di antara manusia, atau di antara manusia dan singa, atau binatang-binatang lain.


Mesir membekalkan bijirin yang merupakan makanan kepada rakyat Rom, yang mana ia juga adalah sumber pendapatan kerajaan. Empayar ini memeras dari ladang yang subur ini dengan cukai yang tinggi, pemerintahan yang kejam dan penindasan agama untuk mengekalkan cara hidup mewah kelas elit pemerintah. Keadaan ini tidaklah lebih baik daripada keadaan di Syiria yang diperintah secara kuku besi yang mengenakan cukai yang amat tinggi sehinggakan rakyatnya tiada cara lain kecuali menjual anak-anak sendiri sebagai hamba abdi untuk membayar cukai yang dikenakan ke atas mereka.


Pada zaman Iran purba, dua kumpulan tuhan-tuhan disembah, iaitu Ahuras dan Daevas. Ajaran Zoroaster mempercayai bahawa Ahura Mazda, adalah Tuhan Cahaya Yang Bijaksana, dialah satu-satunya pencipta dan tuhan dunia. Tuhan-tuhan mitologi purba yang lain dihidupkan semula di seluruh negara ini, dan yang paling perlu disebut di sini adalah tuhan Mithra (dikaitkan dengan matahari), dan Anahita (dikaitkan dengan air dan kesuburan)

Kitab suci Zoroasterisma adalah Avesta, dan hanya sebahagian kecil daripadanya masih wujud hari ini. Pengikut-pengikut agama ini dikehendaki menyembah matahari empat kali sehari di samping menyembah bulan, api dan air. Amalan-amalan yang kompleks dikaitkan dengan tuhan-tuhan ini. Agama ini kemudiannya diubahsuai oleh Mani (Manes) (c.216-c.276) yang menyeru kepada kebiaraan dan amalan tidak berkahwin, dan oleh Mazdak (abad kelima Masihi) yang menyeru kepada kumpulan sosialis yang memiliki wang dan wanita. Orang ramai memasuki rumah satu sama lain dan mengambil harta benda dan kekayaan mereka, dan bebas melakukan apa sahaja terhadap wanita-wanita di rumah itu. Pengangguran dan rasa tidak puas hati timbul dan rakyat dipergunakan oleh pemimpin-pemimpin mereka sebagai bahan makanan murah untuk binatang tentera mereka. Dalam keadaan mereka yang terdesak mencari makna kewujudan mereka, rakyat ini mencuba berbagai falsafah daripada Eicureanisma kepada kebiaraan kepada apa-apa sahaja kepercayaan di antara keduanya. Hal ini akhirnya menyebabkan jurang yang luas di antara berbagai tahap dalam masyarakat.


Pada masa ini, penjenayah-penjenayah menceroboh istana golongan kaya, merampas harta mereka dan mengambil wanita-wanita mereka. Kejahilan tuan tanah mengenai hal-hal perladangan akhirnya menyebabkan tanah ladang musnah. Rakyat merasa amat tidak puas hati terhadap penindasan pemimpin-pemimpin mereka sehingga akhirnya golongan petani melancarkan pemberontakan.


Pemerintah-pemerintah pada masa itu mewarisi takhta drpd bapa-bapa mereka dan memerintah secara kuku besi, mengenakan cukai yang tinggi, dan dengan kepercayaan bahawa pemerintah adalah tuhan, atau keturunan tuhan. Pemerintah ini mengumpul berbagai bahan berharga yang sukar didapati seperti emas, binatang luar biasa, permata yang bernilai, pakaian yang cantik, perabot yang cantik, istana-istana diraja, hamba abdi yang ramai dan makanan-makanan yang enak. Hidup mereka ibarat cerita dongeng, dan direkodkan bahawa apabila rejim ini jatuh ke tangan empayar Islam, pemerintah mereka, iaitu Yazdegird III (memerintah di antara 632-651) lari meninggalkan negaranya bersama seribu orang tukang masak, seribu orang ahli muzik, seribu orang pelatih singa, seribu orang pelatih helang dan kaki tangan diraja yang lain, sedangkan pada masa yang itu beliau merasakan keadaannya susah.


India


Pada zaman purba, negara ini melahirkan banyak kemajuan dalam bidang matematik, ilmu falak, perubatan, falsafah dan bidang-bidang lain. Namun selama beberapa abad, berlaku kemerosotan dalam nilai-nilai akhlak dan pengetahuan agama yang akhirnya membawa apa yang dianggap oleh ahli-ahli sejarah sebagai tahap kemerosotan yang terendah pada abad keenam.
Pada masa ini, perbuatan berbogel di kuil-kuil adalah perkara biasa. Wanita menjadi milik umum dan bertukar tangan melalui perjudian. Jika suami seorang wanita meninggal dunia, hidup beliau tidak lagi bererti dan beliau tidak dibenarkan berkahwin semula. Masyarakat atasan mengamalkan "Suti" di mana balu seorang bangsawan dibakar sampai mati sebagai lambang kesetiaan terhadap suaminya.


Penakluk-penakluk berbangsa Arya dan Brahman memperkenalkan empat kelas masyarakat yang dipanggil sistem kasta yang terdiri daripada:

Kelas elit: Agama atau Paderi, yang dikenali sebagai "Brahmin". Mereka dianggap mempunyai martabat yang lebih tinggi daripada kelas lain dan mereka tiada dosa.

Kelas Satira: iaitu perwira dan pemerintah.

Kelas Vaisyas: iaitu pedagang dan peladang.

Kelas Sudra: iaitu petani dan buruh.


Terdapat kelas kelima yang dipanggil "Panchamas", atau "Tidak Boleh Disentuh". Mereka di dalam kelas ini terdiri daripada golongan yang pekerjaan mereka memerlukan mereka menyentuh benda-benda yang tidak suci. Terdapat spekulasi bahawa golongan ini diberikan tugas-tugas yang rendah kerana mereka bukan dari keturunan Arya. Undang-undang menyatakan bahawa jika seorang Panchamas menghulurkan tangannya atau kayu ke arah seorang Brahman, tangannya boleh dipotong. Jika beliau menendang seorang Brahman, maka kakinya dipotong. Dan jika beliau mendakwa telah mengajar seorang Brahman, beliau dipaksa minum air mendidih. Di bawah undang-undang ini, membunuh seorang Panchamas adalah seperti membunuh seekor katak, gagak, burung hantu, kucing, atau anjing. Mereka juga dipaksa tinggal di luar kawasan bandar.


Golongan Sudra dianggap dicipta daripada kaki pencipta langit dan tujuan hidup mereka adalah untuk berkhidmat kepada kelas yang lebih tinggi. Mereka tidak dibenarkan memiliki wang, duduk dengan seorang Brahman, menyentuhnya, atau membaca kitab suci.
Agama asal di India adalah Hindu. Bagaimanapun, lama-kelamaan agama negara yang lebih umum diperkenalkan yang menggabungkan kepercayaan Buddisma dan kepercayaan-kepercayaan lain dengan Hindu. Kepercayaan berbilang tuhan begitu berakar-umbi sehinggakan terdapat rekod bahawa pada abad keenam Masihi, penduduk-penduduk negara ini mempunyai lebih 330 juta tuhan ("Popular Hinduisme, the Religion of the Masses", L.S.S O'Malley, Cambridge, 1935, m.s. 6-7). Pada zaman ini, apa sahaja yang besar, menakjubkan dan mengagumkan disembah sebagai Tuhan.


Semenanjung Arab


Pada abad ini bangsa Arab telah jatuh ke tahap yang rendah. Mereka tenggelam dalam arak, perjudian dan penyembahan berhala. Anak-anak perempuan dianggap barangan yang memalukan dan mereka menanam bayi perempuan hidup-hidup kerana takut malu.
Wanita dalam masyarakat ini menjadi barangan yang diwarisi oleh waris-waris suaminya seperti mana mereka mewarisi wang atau binatang ternakannya. Seorang lelaki boleh mengahwini ramai wanita tanpa had, dan kadang kala mereka membunuh anak-anak sendiri kerana takut mereka akan menyebabkan kepapaan. Mereka juga mengkhususkan makanan tertentu untuk diri mereka dan melarang isteri-isteri dan anak-anak mereka memakannya.


Perhambaan dan pengkhianatan adalah perkara biasa di negara ini. Feudalisma kesukuan adalah perkara biasa, dan pertempuran-pertempuran besar dilancarkan disebabkan perkara-perkara yang remeh seperti keputusan lumba kuda. Selama beberapa abad, rumah yang dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail di Mekah (Kaabah) telah dijadikan tempat berhala dan penyembahan berhala mereka. Ketika Muhammad (s.a.w.) dilahirkan, terdapat 360 berhala yang telah dibina dan diletakkan di dalam dan di sekeliling Kaabah, dan suku-suku di kawasan berdekatan telah menyelewengkan amalan haji yang diperkenalkan oleh Nabi Ibrahim kepada amalan penyembahan berhala di mana mereka berlari sekeliling berhala-berhala ini dalam keadaan bogel sambil bersiul dan bertepuk tangan. Penyembah-penyembah berhala Arab percayakan Tuhan, tetapi mereka menganggapnya sebagai Tuhan "Tertinggi" dan perlu diwujudkan tuhan-tuhan "perantaraan" (berhala-berhala) yang bertindak sebagai orang tengah di antara mereka dan Tuhan/Allah.


Nota: Sumber utama maklumat berikut adalah buku "Al-Seerah al-Nabawiyyah" oleh Ibn Hisham, dan "Al-Seerah al-Nabawiyyah" oleh Abu-AlHasan Al-Nadwi. Sumber-sumber lain juga turut digunakan.

Older Posts