Permulaan Kenabian

Diriwayatkan bahawa tanda-tanda pertama kenabian Muhammad saw adalah, satu mimpi yang diterimanya pada waktu malam yang kemudiannya menjadi kenyataan seperti mana yang beliau nampak.


Kisah malaikat Jibril as menziarahi Muhammad (s.a.w.) pada kali pertama telah diceritakan dengan terperinci dalam bahagian yg akan datang (insyaAllah). Sebaik sahaja bertemu Jibril as, Muhammad (s.a.w.) berlari pulang ke rumah kepada isterinya dalam keadaan menggeletar dan ketakutan seraya berkata, "Selimutkan aku! Selimutkan aku!".


Setelah beliau tenang, Khadijah bertanya apa yang telah berlaku dan beliau menceritakannya. Khadijah amat arif akan keperibadian suaminya, dan setelah suaminya selesai menceritakan apa yang telah berlaku, dan beliau dapat melihat ketakutan dalam mata suaminya, beliau berkata, "Tidak, demi Allah! Tuhan tidak akan memalukanmu. Kamu berbuat baik kepada keluargamu, memikul beban orang lain, bersedekah kepada yang memerlukan, membantu yang lemah, dan menolong dalam semua perkara yang baik". Tetapi beliau sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukan mengenai hal ini, jadi beliau memutuskan untuk meminta nasihat drpd sepupunya yang beragama Nasrani, iaitu Waraqah bin Naufal.


Apabila Waraqah mendengar apa yang berlaku, beliau berkata, "Demi Dia yang memegang nyawaku, kau adalah nabi bangsa ini, dan yang menziarahimu tidak lain adalah ketua malaikat yang menziarahi Musa. Sesungguhnya, kaummu akan mengatakan kau adalah penipu, menyeksamu, mengusirmu dan memerangimu."


Apabila Muhammad (s.a.w.) mendengar kata-kata ini beliau menjadi keliru kerana beliau tahu akan kedudukannya yang tinggi dalam masyarakatnya, rasa hormat mereka yang besar serta sanjungan mereka terhadapnya, dan betapa mereka memanggilnya "Yang Amanah, Yang Jujur". Maka beliau bertanya Waraqah, "Adakah mereka akan mengusirku?". Waraqah menjawab, "Ya! Tidak pernah datang seorang lelaki sebelummu yang sepertimu melainkan kaumnya akan menentangnya dan memeranginya. Jika aku hidup ke hari tersebut, aku akan berdiri di sampingmu dan membantumu.". Namun Waraqah meninggal dunia tidak lama selepas itu.


Pengikut-pengikutnya yang pertama adalah saudara-saudaranya yang rapat dan sahabat-sahabat karibnya. Di antara mereka adalah isterinya Khadijah, sepupunya Ali bin Abi-Talib, sahabat karibnya Abu Bakar Al-Siddiq, dan anak angkatnya Zaid bin Harith, di samping golongan yang miskin dan lemah seperti Bilal yang berbangsa Habsyi, Abdullah bin Masud dan lain-lain. Dan Beberapa orang yang menyahut seruan Muhammad saw drpd kalangan golongan bangsawan dan pemimpin suku Quraisy seperti Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abi-Waqas dan Talhah bin Ubaidillah.

Pada permulaan dakwah, Nabi Muhammad saw lakukan secara rahsia selama tiga tahun sehinggalah turunnya ayat: "Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah daripada mereka yang mensyirikkan Tuhan." Al-Qur'an, Al-Hijr (15):94 Setelah menerima perintah ini, Muhammad (s.a.w.) memanjat ke puncak bukit Al-Safa dan berteriak sekuat-kuat hatinya, "Ya sabaha!". Teriakan ini digunakan untuk memberi amaran mengenai bahaya yang akan tiba. Ia digunakan khusus untuk menandakan serangan oleh tentera.
Dengan segera, penduduk-penduduk Mekah mengerumuninya untuk mengetahui berita penting apa yang mahu disampaikannya. Setelah mereka berkumpul, beliau berkata: "Wahai keturunan Abdul Muttalib, wahai keturunan Fihr, wahai keturunan Kaab, jika aku memberi amaran kepadamu bahawa di kaki bukit ada pasukan berkuda yang akan menyerang mu, adakah kamu akan mempercayaiku?"
Mereka menjawab, "Ya!".


Maka Muhammad berkata, "Maka [ketahuilah] bahawa aku adalah pemberi amaran mengenai hukuman yang keras."Orang ramai terdiam dan tidak tahu apa yang patut dikatakan sehinggalah salah seorang dari kalangan bangsawan, iaitu bapa saudaranya, Abu Lahab, berkata, "Celakalah kamu! Adakah ini sebabnya kau mengumpulkan kami?".


Maka mulai hari itu, Muhammad (s.a.w.) menyeru orang ramai kepada Islam tanpa rasa takut. Semakin lama semakin ramai yang mengikutinya dan memeluk Islam. Namun kebanyakan daripada mereka adalah golongan miskin, lemah dan yang melarat di kalangan kaum Quraisy. Mula-mula golongan bangsawan tidak mempedulikannya sehinggalah mereka mendapat tahu bahawa beliau mengejek berhala-berhala mereka. Di sinilah bermulanya permusuhan dan kempen serangan balas terhadapnya.
Mula-mula golongan bangsawan cuba meyakinkan pengikut-pengikut Muhammad bahawa beliau adalah seorang yang gila dan penipu. Apabila pendekatan ini tidak berjaya, mereka menggunakan penyeksaan secara fizikal. Mereka yang tidak mempunyai keluarga untuk melindungi mereka dikenakan seksaan yang paling teruk. Ramai yang disebat, direjam, dipukul, tidak diberi makan dan dibakar. Golongan bangsawan ini berusaha dgn cara-cara baru utk menyeksa mereka. Di antaranya adalah kaedah yang digunakan oleh Umayyah terhadap hamba abdinya, Bilal. Beliau membawanya ke tengah padang pasir pada masa yang paling panas, menjemurnya di bawah matahari terik dan meletakkan batu yang besar di atas perutnya. Sepanjang masa ini, Bilal tetap dengan pendiriannya, dan berulang-ulang berkata, "[Tuhan adalah] satu, [Tuhan adalah] satu."


Pada masa yang sama, suku Makhzum telah membawa keluarga Yasir, ibu dan anak lelakinya, ke tengah padang pasir dan menyeksa mereka dengan teruk. Semasa hal ini berlaku, Muhammad (s.a.w.) lalu di situ dan beliau berkata, "Bersabarlah keluarga Yasir. Kamu dijanjikan syurga.".
Khabbab bin Al-Art meriwayatkan, "Mereka membawa saya keluar, membakar api dan memanggang saya. Kemudian seorang lelaki meletakkan kakinya di atas dada saya untuk memadamkan api menggunakan kasutnya."

Amalan atau adat yg diguna pakai sebelum ini di tanah Arab, seseorang tidak akan menyerang atau menghina ahli keluarga lain atau suatu suku yang kuat kerana bimbang sukunya akan membalas dendam. Mereka yang tidak menjadi ahli suku tersebut akan membuat perjanjian perlindungan dengan seorang bangsawan dalam keluarga yang berpengaruh atau suku yang berpengaruh. Dengan cara itu mereka dapat melindungi keluarga dan harta mereka daripada diserang oleh jiran-jiran mereka.
Semasa kaum Quraisy memulakan penindasan terhadap Muhammad (s.a.w.) dan pengikut-pengikutnya, ramai di antara mereka mendapatkan perlindungan dengan cara berbuat baik dengan orang bukan Islam. Contohnya, Abu Bakar Al-Siddiq dilindungi oleh Al-Daghnah, dan Uthman bin Madhgun dilindungi oleh Al-Waleed bin al-Mugeerah. Muhammad (s.a.w.) berada di bawah perlindungan bapa saudaranya Abu Talib. Perlindungan ini tidaklah bermakna, mareka akan dilindungi dalam semua bentuk penyeksaan, Cuma dilindungi daripada terkena penyeksaan yang teruk atau pembunuhan.

Perlu disebutkan di sini bahawa Abu Bakar dan Uthman merasakan perlindungan daripada seorang bukan Islam adalah tidak betul lalu mereka mengambil keputusan utk meminta perlindungan tersebut daripada Allah Yang Maha Berkuasa.


Penindasan yang berterusan dan tidak putus-putus terhadap umat Islam oleh kaum Quraisy menyukarkan mereka mengisytiharkan keIslaman mereka, apatah lagi menyeru orang lain untuk menganut Islam. Pada suatu hari, sahabat-sahabat Muhammad (s.a.w.) berkumpul dan berkata sesama sendiri, "Demi Allah, kaum Quraisy belum pernah mendengar Qur'an dibacakan kepada mereka, maka siapakah di antara kamu yang akan membacakannya kepada mereka?". Abdullah bin Masud menawarkan diri, "Saya akan melakukannya.". Mereka membantah, "Kami bimbang mereka menyerangmu, kamu mahukan seseorang daripada suku atau keluarga yang kuat untuk melindunginya.". Abdullah menjawab, "Biarlah aku melakukannya, Tuhan akan melindungiku.".


Apabila fajar menyingsing, Abdullah keluar ke tempat berkumpul di sebelah Kaabah dan mulai membaca Qur'an dengan suara yang kuat. Beliau membaca:
"(Tuhan) Yang Maha Pemurah, Yang telah mengajarkan Al-Qur'an. Dia menciptakan manusia, mengajarnya pandai berbicara..."
Al-Qur'an, Al-Rahman (55):1-4


Abdullah meneruskan bacaannya sementara para bangsawan Quraisy bertanya satu sama lain, "Apa yang diucapkannya?". Kemudian salah seorang daripada mereka berkata, "Dia sedang membaca sebahagian daripada apa yang dibawa oleh Muhammad!". Maka mereka meluru kepadanya dan menampar mukanya, tetapi beliau terus membacakan surah ini sehingga beliau berpendapat apa yang mereka dengar telah memadai.

Apabila Abdullah kembali ke golongan Muslim, mereka ternampak bekas pukulan pada mukanya mereka berkata, "Inilah yang kami bimbang akan berlaku padamu.". Abdullah menjawab, "Musuh-musuh Allah tidak pernah begitu lemah terhadapku seperti mana hari ini, dan jika kamu mahu, aku akan kembali dan membacakan Qur'an di hadapan mereka esok!". Mereka menjawab, "Jangan, cukuplah. Kamu telah mengucapkan apa yang mereka benci [mendengarnya].".
Jika beginilah keadaan pengikut-pengikut Muhammad (s.a.w.), maka bagaimanakah keadaan Muhammad sendiri dilayan oleh kaumnya?


Golongan bangsawan Quraisy bergabung tenaga dalam usaha menghapuskan ajaran Muhammad. Mereka memberitahu orang ramai bahawa beliau gila, seorang ahli sihir, dan seorang penyajak. Mereka menunggu di jalan-jalan dan berusaha sedaya-upaya untuk menakutkan orang ramai dan menghalang mereka daripada bercakap dengannya. Mereka menyeksa rakan-rakannya dan cuba sedaya-upaya untuk menyakitinya. Mereka melemparkan duri dan benda-benda tajam di jalan yang dilaluinya, membuang tahi unta di atas kepalanya semasa beliau bersembahyang, memaki-hamunnya bila sahaja mereka bertemu dengannya, menahan makanan daripadanya dan sahabat-sahabatnya, dan juga cuba untuk membunuhnya. Lama-kelamaan golongan bangsawan Quraisy menukar nama Muhammad (Yang Terpuji) kepada Muhmmmam (Yang Dicerca). Apabila mereka berbincang tentangnya, mereka berkata, "Celakalah yang dicerca.". Atas sebab ini, Muhammad (s.a.w.) berkata kepada sahabat-sahabatnya, "Tidakkah kamu merasa kagum bagaimana Tuhan membalikkan sumpahan mereka terhadapku? Mereka menyumpah Muhammam dan namaku adalah Muhammad.".


Setelah hal ini berterusan beberapa lama, golongan bangsawan Quraisy pergi menemui bapa saudara Muhammad, iaitu Abu Talib, dan cuba menyogoknya untuk menarik balik perlindungannya ke atas Muhammad (s.a.w.). Apabila ini tidak berjaya, mereka pergi berjumpa Muhammad dan cuba menyogoknya dengan kekayaan, martabat yang tinggi dan melantiknya sebagai pemimpin dengan syarat beliau meninggalkan ajarannya. Beliau menolak.


Apabila penyeksaan oleh kaum Quraisy sudah tidak tertanggung, Muhammad (s.a.w.) membenarkan sahabat-sahabatnya berhijrah ke Habsyah. Lapan puluh tiga orang umat Islam bertolak ke Habsyah. Apabila kaum Quraisy mendapat berita mengenai pemergian mereka, mereka menghantar wakil kepada Negus (Al-Najashi), iaitu raja Habsyah yang beragama Kristian, berserta hadiah yang banyak dengan harapan dapat memujuknya memulangkan mereka yang berhijrah kepada kaum Quraisy. Perbincangan di antara ketiga-tiga pihak berakhir dengan raja memutuskan untuk tidak menyerahkan umat Islam kepada kaum Quraisy. Ini boleh dianggap sebagai kemenangan strategik pertama umat Islam ke atas penindas mereka, oleh itu marilah kita lihat kisah ini.


Apabila bangsawan Quraisy mendapat tahu bahawa umat Islam mendapat perlindungan daripada seksaan di Habsyah dan bahawa mereka dibenarkan mengamalkan agama mereka dengan bebas, mereka mengambil keputusan untuk menghantar rombongan yang terdiri daripada Abdullah bin Rabia dan Amr bin Al-aas, berserta hadiah-hadiah yang banyak untuk mengadap Raja Habsyah dan general-generalnya.


Apabila rombongan ini tiba di Habsyah, mula-mula mereka memberikan hadiah mereka kepada general-general raja dan menerima kebenaran untuk mengadap raja. Semasa mengadap raja mereka berkata, "Telah datang ke negaramu segolongan yang telah menimbulkan kekacauan daripada kalangan kami. Mereka telah menyeleweng daripada agama nenek moyang mereka dan mereka tidak menerima agamamu, sebaliknya mereka membawa agama baru yang tidak pernah didengar olehmu atau oleh kami. Golongan bangsawan daripada kaum mereka, bapa-bapa mereka, bapa-bapa saudara mereka, dan keluarga mereka meminta agar mereka dikembalikan kepada keluarga mereka, kerana merekalah yang lebih dekat dengan mereka ini."


Pegawai-pegawai raja bersuara, "Mereka berkata benar, wahai raja, maka pulangkanlah mereka kepada kaum mereka."
Raja menjadi murka apabila mendengar hal ini dan enggan mempercayai kata-kata mereka, juga enggan memulangkan mereka yang meminta perlindungannya. Kemudian baginda memerintahkan supaya umat Islam dibawa mengadapnya dengan hujah masing-masing. Apabila mereka telah berkumpul, baginda bertanya umat Islam, "Apakah agama yang telah menyebabkan kamu meninggalkan agama nenek moyangmu dan tidak menerima agama beta atau agama-agama lain?".


Jaafar bin Abu Talib, sepupu Muhammad (s.a.w.), bangun lalu menjawab, "Wahai Raja Habsyah, sebelum ini kami adalah orang yang jahil, menyembah berhala, memakan bangkai binatang, berkelakuan tidak sopan, memutuskan tali kekeluargaan, berbuat jahat terhadap jiran kami, dan yang kuat di kalangan kami menekan yang lemah. Inilah sikap kami sehinggalah Tuhan mengutuskan seorang nabi kepada kami. Kami tahu keturunannya, kejujurannya, sikap amanahnya, dan kesuciannya. Beliau menyeru kami kepada Allah dan supaya menyembahNya sahaja dan meninggalkan semua yang kami sembah selain daripada Dia. Beliau memerintahkan kami supaya bercakap benar, bersikap amanah, menguatkan tali kekeluargaan, berbuat baik kepada jiran-jiran, tidak memakan darah, tidak berkelakuan tidak sopan, serta jangan berbohong, mencuri harta anak yatim dan memfitnah wanita yang suci. Beliau juga memerintahkan kami supaya menyembah Allah sahaja dan tidak menyekutukannya dengan apa jua. Beliau memerintahkan kami supaya bersembahyang, bersedekah dan berpuasa (dan beliau menyenaraikan perintah-perintah Islam). Lalu kami beriman dengannya, menerima ajarannya, dan mematuhi apa yang diterimanya daripada Allah, menyembah hanya Allah dan tidak menyekutukan sesiapa denganNya, menahan diri daripada apa yang dilarang, dan menerima segala yang dihalalkan buat kami. Atas sebab ini kaum kami memusuhi kami. Mereka menyeksa kami dan menindas kami dengan harapan dapat mengembalikan kami daripada menyembah Allah kepada menyembah berhala, dan agar kami menerima apa yang kini kami anggap perbuatan-perbuatan yang keji. Maka setelah mereka menindas kami, berlaku zalim terhadap kami, mengongkong kami, dan menghalang kami daripada agama kami, kami lari ke negaramu dan memilihmu daripada yang lain, mengharapkan perlindungan, dan agar kami tidak perlu takut akan ketidakadilan tuanku."

Raja mendengar penjelasan Jaafar dengan sabar dan kemudian berkata, "Adakah kamu membawa apa yang telah dibawa oleh sahabatmu?". Jaafar menjawab, "Ya". Raja berkata, "Bacakanlah kepadaku.". Maka Jaafar membacakan ayat-ayat daripada surah Maryam (19) yang berbunyi:
"Kaaf Haa Yaa 'Ain Saad. (Yang dibacakan ini adalah) penjelasan tentang rahmat Tuhan kamu kepada hambaNya, Zakaria, iaitu tatkala dia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut. Dia berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap mawaliku [1] sepeninggalanku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahkanlah aku daripada sisiMu seorang putera, yang akan mewarisiku dan mewarisi sebahagian keluarga Yaakob; dan jadikanlah dia, ya Tuhanku, seorang yang diredhai". "Hai Zakaria, sesungguhnya Kami memberi khabar gembira kepadamu akan seorang anak yang namanya Yahya, yang sebelumnya Kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengannya". Zakaria berkata: "Ya Tuhanku, bagaimana akan ada anak bagiku, padahal isteriku adalah seorang yang mandul dan aku sesungguhnya sudah mencapai umur yang sangat tua". Tuhan berfirman: "Demikianlah". Tuhan berfirman: "Hal itu adalah mudah bagiKu; dan sesungguhnya telah Aku ciptakan kamu sebelum itu, padahal kamu (pada waktu itu) belum ada sama sekali"
AlQur'an, Maryam (19):1-8


Apabila raja tersebut mendengar ayat-ayat ini, baginda menangis sehingga janggutnya basah, dan pegawai-pegawainya turut menangis. Baginda berkata, "Sesungguhnya ini dan apa yang telah dibawa oleh Jesus telah datang dari cahaya yang sama.". Baginda berkata kepada rombongan Quraisy, "Kembalilah kepada kaummu, aku tidak akan mengembalikan mereka kepadamu."


Keeseokan harinya, Amr bin Al-Aas kembali mengadap raja dan berkata, "Mereka berkata yang buruk-buruk mengenai Jesus putera Maryam". Mendengar hal ini, sekali lagi raja tersebut memanggil umat Islam dan bertanya mereka, "Apa katamu mengenai Jesus putera Maryam?".
Jaafar bin Abu Talib menjawab, "Mengenainya saya sampaikan kata-kata nabi kami: bahawa beliau adalah suruhan tuhan dan seorang nabi, roh daripadaNya, firmanNya yang dianugerahkan kepada Maryam yang suci.". Mendengar ini, raja tersebut memukul tangannya ke lantai dan mengangkat sebatang tongkat. Kemudian baginda berkata, "Sesungguhnya Jesus putera Maryam tidak lebih daripada apa yang kau katakan walaupun sebanyak tongkat ini.". Baginda memberikan perlindungan kepada umat Islam dan rombongan Quraisy pulang dengan tangan kosong.


Raja Habsyah mangkat semasa hayat Muhammad (s.a.w.). Apabila Muhammad (s.a.w.) mendapat berita kemangkatannya, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul untuk sembahyang jenazah bagi raja tersebut.


Semasa semua ini sedang berlaku di Habsyah, Muhammad (s.a.w.) dan sahabat-sahabatnya yang lain memilih untuk tinggal di Mekah, terus menanggung penyeksaan kaum Quraisy. Namun bilangan mereka terus meningkat walaupun kaum Quraisy berusaha menyekat mereka bersungguh-sungguh. Ramai di antara mereka yang menganut Islam terdiri daripada kalangan bangsawan, seperti Umar bin al-Khattab.
Pada tahun ketujuh Muhammad (s.a.w.) berdakwah, golongan bangsawan Quraisy merasa amat terdesak untuk menghalang perkembangan Islam di kota mereka, maka mereka berkumpul dan menulis perjanjian "Sekatan ke atas Hashim dan Banu Muttalib". Dalam perjanjian ini, semua golongan bangsawan bersetuju bahawa mereka tidak akan berjual beli dengan keturunan Hashim dan banu Muttalib (suku Muhammad). Mereka juga bersetuju untuk tidak mengahwini sesiapa daripada suku tersebut mahu pun membenarkan sesiapa daripada suku tersebut mengahwini ahli suku mereka. Dokumen ini digantung di dalam Kaabah. Sekatan ini berterusan selama tiga tahun. Dalam tempoh ini, mereka daripada suku Hashim dan Abdul Muttalib menanggung derita yang hebat sehingga terpaksa memakan daun. Mereka tidak dapat berjual beli dengan kaum Quraisy dan kaum Quraisy menghalang pedagang-pedagang lain daripada berurusan dengan mereka melainkan pada harga yang amat tinggi.


Walaupun bangsa Arab pada zaman ini tenggelam dalam berbagai amalan yang keji, masih ada juga di antara mereka yang baik. Di kalangan mereka masih ada sekelumit rasa harga diri dan keadilan. Inilah yang akhirnya mendorong mereka, di antaranya Amr bin Rabia, untuk mengumpulkan mereka yang sependapat dengannya untuk mendesak golongan bangsawan agar membatalkan sekatan tersebut. Apabila mereka bangun untuk mengoyakkan dokumen tersebut, mereka mendapati bahawa ia telah dimakan serangga kecuali bahagian yang tertulis "Dengan nama Tuhan.".


Pada tahun kesepuluh, bapa saudara Muhammad, Abu Talib, dan isterinya, Khadijah, meninggal dunia. Dengan kematian mereka, penindasan kaum Quraisy berganda. Penindasan yang tidak putus-putus kaum Quraisy terhadap umat Islam menyebabkan Muhammad (s.a.w.) mencari sekutu untuk melindungi mereka daripada kaum Quraisy dan untuk membolehkan orang ramai mendengar ajaran Islam. Maka beliau mengembara ke TAif [2] untuk meminta perlindungan suku Thaqeef dan dengan harapan mereka akan menerima seruannya. Dia menyampaikan seruannya kepada Ibn Abd-Yalail bin Abdul Kulal dan golongan bangsawan Taif. Bagaimanapun, mereka mencacinya. Kemudian mereka mengumpulkan penduduk-penduduk bandar tersebut dan menghasut mereka sehingga mereka merejamnya lalu beliau meninggalkan mereka dan menuju ke sebuah ladang kepunyaan Utba dan Shaiba, anak kepada Rabia. Mereka memerhatikannya dari jauh ketika beliau duduk di bawah pohon anggur mereka dan berdoa kepada Allah.


Apabila Muhammad (s.a.w.) melihat bahawa orang-orang Thaqeef telah meninggalkannya dan kembali kepada urusan harian mereka, dengan hati yang sedih beliau menadah tangannya ke langit dan berdoa:
"Ya Tuhanku, aku mengadu kepadamu akan kelemahanku, ketidakuapayaanku dan kedegilan manusia terhadapku. Wahai Yang Maha Mengasihani, kaulah Tuhan golongan yang lemah dan Tuhanku. Kepada siapakah akan kau serahkan aku? Kepada orang yang jauh yang akan memarahiku, atau kepada musuhku yang telah kau berikan kuasa ke atasku? Selagi kau tidak murka terhadapku, maka aku tidak peduli [apa yang terjadi kepadaku], tetapi [anugerah] kesejahteraanmu adalah lebih berharga buatku. Aku meminta perlindungan dalam cahayamu yang telah menerangi kegelapan, dan melaluinya semua hal kehidupan dan akhirat akan ditentukan dengan adil, bahawa sama ada hukumanMu menimpaku atau kemarahanMu menimpaku. KepadaMu segala ketenangan, dan tiada sesiapa yang mempunyai kuasa atau upaya melainkanMu."


Semasa Utba dan Shaiba memerhatikan Muhammad (s.a.w.), mereka merasa kasihan terhadapnya lalu menghantar hamba abdi mereka, iaitu Addas, untuk memetik semangkuk anggur dan memberikan kepadanya. Addas memetik angguk dan membawanya kepada Muhammad, lalu meletakkannya ke dalam tangan beliau dan berkata, "Makanlah.". Sebelum makan, Muhammad membaca "Dengan nama Allah" (yang mana ini diucapkan oleh umat Islam sebelum makan atau minum). Addas adalah seorang Kristian dan apabila beliau mendengar ucapan ini, beliau berkata kepada Muhammad, "Sesungguhnya ini bukanlah ucapan orang di negara ini. ". Muhammad bertanya dari mana asal beliau dan Addas menjawab , "Dari Ninwa. ". Muhammad berkata, "Dari negara seorang lelaki yang alim bernama Yunus, anak kepada Amittai. ". Addas merasa kagum lalu berkata, "Dan bagaimanakah kamu tahu mengenai Yunus anak kepada Amittai? ". Muhammad (s.a.w.) menjawab, "Dia adalah saudaraku. Dia adalah seorang nabi dan aku adalah seorang nabi. ". Apabila mendengar ucapan ini, Addas mencium tangan, kepala dan kaki nabi Muhammad.


Apabila Utba dan Shaiba melihat hal ini mereka berkata, "Sesungguhnya dia telah menyelewengkan abdi kita. ". Apabila Addas kembali kepada mereka, mereka berkata, "Cis Addas! Mengapakah kamu mencium kepala, tangan dan kaki lelaki itu? ". Addas menjawab, "Ya tuan ku, tiada yang lebih baik di bumi ini selain daripada itu. Dia telah memberitahuku perkara yang hanya diketahui oleh seorang nabi. ". Mereka memarahinya, "Cis Addas! Jangan biarkan dia menyelewengkanmu daripada agamamu. Agamamu lebih baik daripada agamanya! "


Muhammad (s.a.w.) berlalu dan kembali ke rumahnya dengan perasaan yang amat sedih. Dalam perjalanan pulang, beliau singgah di Qarn ath-Tha'alib dan apabila beliau memandang ke atas, beliau nampak awan mengikutinya dan malaikat Jibril di dalam awan tersebut. Malaikat Jibril berkata kepadanya, "Allah telah mendengar apa yang dikatakan oleh kaummu kepadamu, dan apa jawapan mereka kepadamu. Allah telah mengutus Malaikat Gunung kepadamu supaya kamu boleh mengarahkannya melakukan apa yang kamu kehendaki terhadap mereka. ". Malaikat Gunung menyapanya dan berkata, "Wahai Muhammad! Perintahkanlah apa yang kau kehendaki. Jika kau mahu, aku akan jadikan al-Akhshabain (dua gunung yang mengelilingi Taif) runtuh ke atas mereka. ". Nabi (s.a.w.) menjawab, "Jangan, kerana aku berharap agar ada di kalangan anak-anak mereka yang akan menyembah Allah sahaja, dan tidak akan menyembah selainNya. ". Beliau kembali ke Mekah dan kepada penghinaan kaumnya.


Tidak lama selepas itu, Allah Yang Maha Berkuasa membawa Muhammad (s.a.w.) ke "Furthest Mosque" ("Tempel Mount" di Palestin) dan kemudian mengangkatnya ke langit di mana beliau bertemu dengan nabi-nabi Tuhan, melihat banyak tanda-tanda kebesaran Tuhan, dan kemudian ibadat sembahyang lima kali sehari ke atasnya dan umat Islam diperintahkan. Semua ini berlaku dalam masa satu malam yang kemudiannya dikenali sebagai malam "Israk dan Mikraj" (perjalanan malam dan keberangkatan ke langit).


Muhammad (s.a.w.) terus menyeru suku-suku yang berdekatan kepada Islam dan membantu umat Islam bila saja ada kesempatan. Semasa musim berdagang ketika semua suku-suku yang berhampiran berkumpul di Mekah, Muhammad (s.a.w.) akan keluar dan bercakap dengan mereka dan menggalakkan mereka menerima Islam. Sepanjang masa, bapa saudaranya, Abu Lahab, akan mengekorinya. Bila sahaja beliau bercakap dengan sesuatu suku dan mengajak mereka menerima Islam, Abu Lahab akan menghalangnya dan cuba sedaya-upaya menghalang mereka.
Apabila Muhammad (s.a.w.) bercakap dengan mana-mana suku, beliau akan memberitahu mereka bahawa beliau adalah utusan Tuhan dan bahawa beliau diutuskan untuk membimbing mereka keluar daripada kejahilan mereka dan meninggalkan penyembahan berhala kepada cahaya Tuhan dan menyembah Tuhan yang Esa, Pencipta dan Pemelihara semesta alam. Beliau akan membacakan Qur'an dan menggalakkan mereka menerima Islam.

Salah satu suku yang bertemu dengan Muhammad melalui cara ini adalah suku Al-Kazraj dari bandar Madinah Al-Munawarah (dipanggil Yathrib pada masa itu). Apabila mereka mendengar seruan Muhammad, mereka teringatkan ramalan-ramalan kaum Yahudi di kota mereka dan bagaimana kaum Yahudi sering mengugut akan ketibaan "nabi terakhir" yang akan memimpin mereka kepada kemenangan besar dan menubuhkan kerajaan Tuhan di bumi.


Apabila mereka mendengar kata-kata Muhammad (s.a.w.) dan Qur'an, mereka berkata sesama sendiri, "Sesungguhnya inilah nabi yang kaum Yahudi sering ugutkan kita, maka jangan biarkan mereka terlebih dahulu mengikutinya.". Maka mereka mempercayainya dan menerima ajarannya, sebaliknya kebanyakan kaum Yahudi menolak Muhammad. Atas sebab ini, kita dapati di dalam Qur'an: "Dan telah datang kepada mereka Al-Qur'an daripada Allah yang membenarkan apa yang ada pada mereka, pada hal sebelumnya mereka biasa memohon (kedatangan Nabi) untuk mendapat kemenangan atas orang-orang kafir, maka setelah datang kepada mereka apa yang telah mereka ketahui, mereka lalu engkar kepadanya. Maka laknat Allah ke atas orang-orang yang engkar itu." Al-Qur'an, Al-Baqarah (2):89


Penduduk-penduduk Madinah kembali ke sana dan menyebarkan berita ini. Pada tahun berikutnya, dua belas orang daripada kalangan mereka kembali ke Mekah dan berjanji dengan Muhammad (s.a.w.) bahawa mereka menyerah dan menerima ajarannya. Ini dikenali sebagai "Perjanjian Pertama Al-Ahzab".Setelah rombongan ini kembali kepada kaum mereka, Muhammad (s.a.w.) menghantar guru-guru yang mengajarkan penduduk kota tersebut Qur'an dan agama Islam. Ini berterusan selama setahun sehinggalah hampir tiada penghuni rumah di Madinah yang tidak menerima Islam. Pada penghujung tahun tersebut, mereka menghantar satu lagi rombongan kepada Muhammad (s.a.w.) yang terdiri daripada tujuh puluh lima orang wakil. Mereka memeterai perjanjian Aqaba kedua, iaitu "perjanjian peperangan". Mereka berjanji akan melindungi Muhammad dan sahabat-sahabatnya dalam lingkungan kota mereka dengan harta mereka dan kuasa mereka tanpa mengira apa akibatnya kepada diri dan keluarga mereka, dan akan melindungi mereka seperti mana mereka melindungi isteri-isteri dan anak-anak mereka.

Setelah menerima perjanjian ini, Muhammad (s.a.w.) membenarkan pengikut-pengikutnya berhijrah ke Madinah Seorang Muslim bernama Salamah bin Salamah bin Waksh, seorang penduduk Madinah, meriwayatkan:
"Kami mempunyai seorang jiran Yahudi dari suku Abad-Alash'hal. Pada suatu hari beliau keluar dari rumahnya dan berbual dengan beberapa orang daripada suku Abad-Alash'hal. Pada masa itu saya adalah yang termuda di antara mereka. Saya sedang memakai jubah dan membentangkannya di halaman keluarga saya. Dia (jiran saya) mula bercakap tentang Hari Pengadilan, kehidupan semula manusia, pengadilan, hisab, Syurga dan Neraka. Dia sedang bercakap mengenainya kepada suatu suku yang mempercayai berbilang tuhan, penyembah-penyembah berhala - orang yang tidak percaya adanya hari akhirat atau kehidupan semula selepas kematian. Atas sebab ini mereka menjawab, "Adakah kamu benar-benar percaya hal ini akan berlaku? Adakah kamu benar-benar percaya yang manusia akan dihidupkan kembali selepas mati di tempat yang ada Syurga dan Neraka untuk diberikan balasan atas perbuatan mereka?". Beliau menjawab, "Ya, demi Dia yang menjanjikannya!". Dia menyambung bahawa dia lebih suka dipanggang dalam relau di dunia daripada menganggung api Neraka pada hari akhirat. Yang lain-lain menjawab, "Jadi apakah buktimu akan hal ini?". Dia menjawab, "Seorang nabi akan datang dari daerah itu", dan dia menunjuk ke arah Mekah dan Yaman (selatan). Mereka menjawab, "Dan bilakah kita akan menemuinya?". Beliau melihat kepadaku, seorang anak kecil, dan berkata, "Jika anak ini dewasa, dia akan menemuinya." Salamah menyambung, "Demi Allah! Siang dan malam tidak berlalu tanpa Muhammad dilantik sebagai utusan, dan beliau hidup di kalangan kita. Kami mempercayainya dan menerimanya, tetapi beliau tidak mempercayainya dan menolaknya kerana sikap melampaui batas dan rasa cemburu. Pada suatu hari kami berkata kepadanya, '[Apa kena dengan kamu?] Bukankah kamu yang memberitahu kami mengenainya?". Beliau menjawab, "Ya! Tetapi dia bukan orangnya".".
Asim bin Omar bin Qutadah meriwayatkan bahawa seorang tua Yahudi daripada suku Bani Quradah berkata kepadanya:
"Tahukah kamu kisah bagaimana Thalaba bin Sa'idah, Usaid bin Sa'iah dan Asab bin Ubaid daripada suku Hadal, saudara kepada Bani Quraidah menjadi Muslim?". Aku menjawab, "Tidak". Dia berkata, "Ada seorang lelaki daripada keturunan Israel yang datang kepada kami dari negeri Syam (Babilon, Palestin dll). Namanya adalah Ibn-Alhai'iban. Dia tiba dua tahun sebelum permulaan Islam. Semasa dia tinggal bersama kami, kami tidak perlah melihat seorang lelaki yang lebih taat beribadat selain daripadanya. Apabila hujan tidak turun, kami pergi berjumpanya dan berkata, "Wahai Ibn-Alhai'iban, berdoalah supaya Tuhan menurunkan hujan kepada kita.". Dia akan menjawab, "Aku tidak akan berbuat demikian melainkan kamu bersetuju untuk menyedekahkan sebahagian hasil tuaianmu [kepada yang memerlukan].". Kami akan bertanya, "Berapa banyak yang perlu disedekahkan?". Dia menjawab, "Sedekahkanlah satu saa (berat) kurma atau dua muud (berat) gandum.". Dia berkata, barang ini kita sedekahkan dan dia menemani kami ke pinggir kota dan berdoa kepada Tuhan bagi pihak kami. Sebelum dia berdiri, awan telah memayungi kami dan hujan mulai turun. Dia berbuat demikian bukan sekali, atau dua kali, atau tiga kali [tetapi lebih]. Semasa dia hampir menemui mautnya, dia tahu yang dia akan meninggal dunia dan berkata, "Wahai keturunan Israel, pada pendapatmu apakah yang menyebabkan aku meninggalkan tanah yang subur untuk datang ke tanah gersang ini?". Mereka menjawab, "Kau lebih tahu". Dia berkata, "Ketahuilah bahawa aku datang ke sini menunggu nabi Tuhan yang telah hampir tiba, dan tanah ini adalah tempat hijrahnya.". Aku berharap bahawa masanya telah hampir tiba supaya aku boleh mengikutinya. Maka jangan biarkan sesiapa mengikutinya sebelum kamu, wahai keturunan Israel, kerana dia diutuskan untuk menumpahkan darah dan untuk menawan wanita dan anak-anak sesiapa yang menentangnya. Oleh itu jangan biarkan hal itu menghalang kamu daripadanya. Apabila Muhammad diutus, dan dia dikelilingi oleh Bani Quraidah, pemuda-pemuda yang mendengar kata-katanya berkata kepada kaum mereka, "Demi Allah! Sesungguhnya inilah nabi yang disebut oleh Ibn-Alhai'iban.". Mereka menjawab, "Dia bukan orangnya". Pemuda-pemuda tersebut berkata, "Memang dialah orangnya.". Maka ketiga-tiga pemuda ini meninggalkan kaum mereka dan menerima Islam."

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home