Peperangan-peperangan lain

Beberapa peperangan lain meletus selepas itu, tetapi perbincangan terperinci boleh dilihat dalam buku-buku lain. Beberapa peperangan yang akan disebutkan adalah seperti berikut.


Peperangan Uhud

Berlaku pada tahun ketiga selepas hijrah. Dalam peperangan ini, Muhammad (s.a.w.) telah memberi arahan yang tegas di mana dan bagaimana mereka bertarung. Pada mulanya, mereka mematuhi arahannya dan menang. Tetapi sebaik sahaja kaum Quraisy melarikan diri, mereka lupa perintah ini dan akibatnya telah dikalahkan. Tujuh ratus umat Islam dan lebih kurang tiga ribu penyembah berhala meninggal dunia dalam peperangan ini. Tujuh puluh orang Ansar dan dua puluh dua orang Quraisy meninggal dunia.


Pada tahun kelima selepas Hijrah, umat Islam dan penyembah-penyembah berhala bertemu lagi di medan perang. Kali ini, kaum Quraisy telah meminta bantuan kebanyakan suku-suku di Arab. Mereka juga menerima bantuan satu suku Yahudi dari Madinah, iaitu Bani Quraidah. Bandar Madinah hanya terdedah kepada serangan dari satu arah sahaja, iaitu dari arah penempatan Bani Quraidah. Umat Islam telah membuat perjanjian dengan Bani Quraidah untuk melindungi bandar tersebut dari arah tersebut dan untuk tidak membenarkan para penyembah berhala masuk. Bagaimanapun, mereka mengkhianati perjanjian dengan Muhammad dan membenarkan tentera bersekutu menyerang dari belakang. Peperangan ini dinamakan peperangan Al-Ahzab (tentera bersekutu), atau peperangan Khandak (parit).


Tentera Islam terdiri daripada tiga ribu orang askar. Golongan penyembah berhala berjaya mengumpulkan empat ribu askar dari kaum Quraisy dan enam ribu askar daripada suku Ghaftan di samping sekutu mereka daripada suku Bani Quraidha Yahudi. Tentera Islam menggali parit yang menghalang musuh daripada mara buat beberapa lama, dan Muhammad (s.a.w.) telah menggunakan peperangan saraf terhadap mereka. Akhirnya, Allah menghantar angin kencang yang melayangkan khemah-khemah mereka dan mengusir mereka. Dianggarkan tujuh askar Muslim dan empat askar bersekutu meninggal dunia dalam peperangan ini. Ayat-ayat berikut kemudiannya diturunkan merujuk kepada peperangan ini:
"(Iaitu ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu, dan ketika tidak tetap lagi penglihatan(mu) dan hatimu menjadi sesak sampai ke tenggorok, dan kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam purbasangka. "
sehingga ke ayat-ayat berikut: "Dan tatkala orang-orang mukmin melihat golongan bersekutu itu, mereka berkata, "Inilah yang dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kita". Dan benarlah Allah dan RasulNya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan rasa tunduk. Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; manakala di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah (janjinya), supaya Allah memberikan balasan kepada orang-orang yang benar itu kerana kebenarannya dan menyeksa orang munafik jika dikehendakiNya, atau menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan Allah menghalau orang-orang yang kafir itu yang keadaan mereka penuh kejengkelan, (lagi) mereka tidak memperoleh keuntungan apa pun. Dan Allah menghindarkan orang-orang mukmin daripada peperangan. Dan adalah Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. Dan dia menurunkan orang-orang Ahli Kitab (Bani Quraidha) yang membantu golongan bersekutu daripada benteng-benteng mereka, dan Dia memasukkan rasa takut ke dalam hati mereka. Sebahagian mereka kamu bunuh dan sebahagian yang lain kamu tawan. Dan Dia mewariskan kepada kamu tanah-tanah, rumah-rumah dan harta benda mereka, dan tanah yang belum kau injak. Dan adalah Allah Maha Kuasa terhadap segala sesuatu."
Al-Qur'an, Al-Ahzab (33):10-27


Sejurus selepas mereka mengalahkan golongan bersekutu, Muhammad (s.a.w.) dan tentera Islam mengepung kaum Yahudi dari suku Bani Quraidha, mengalahkan mereka dan mengusir mereka dari bandar tersebut kerana melanggar perjanjian dan membantu tentera bersekutu menentang umat Islam.

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home