Haji wida'

Ibadat haji diturunkan pada tahun kesepuluh selepas hijrah. Pada bulan kesebelas, tahun kesepuluh selepas Hijrah, Muhammad (s.a.w.) memaklumkan umat Islam bahawa ibadat haji telah diwajibkan ke atas semua umat Islam yang mampu menunaikannya. Berita ini tersebar ke negara-negara jiran dengan cepat dan ramai rombongan umat Islam lain menyertainya. Haji ini adalah salah satu peristiwa besar yang didokumenkan dalam sejarah Islam semasa hayat Muhammad (s.a.w.). Ramai Muslim yang merekodkannya dari semua segi dengan teliti.

Semasa haji ini, Muhammad (s.a.w.) menyampaikan khutbahnya yang masyhur. Pada hari Arafat, pada permulaan haji, Muhammad (s.a.w.) berdiri di hadapan mereka dan menyampaikan khutbah yang panjang. Pada akhir khutbah ini beliau berkata: "... Aku tinggalkan kepadamu sesuatu kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang kepadanya,iaitu Kitab Allah. [Sesungguhnya] kamu akan ditanya mengenai aku [pada Hari Akhirat], maka apakah yang akan kamu katakan? "
Mereka menjawab, "Kami akan menjadi saksi bahawa kamu telah menyampaikan agama, dan menjalankan tugas sebagai Nabi, adalah seorang pemimpin yang bijaksana dan ikhlas. "
Nabi Muhammad (s.a.w.) menudingkan jari telunjuknya ke arah langit dan kemudian menudingkannya ke arah orang ramai dan berkata, "Ya Tuhan, saksikanlah. Ya Tuhan, saksikanlah. ", dan mengulanginya tiga kali. Bilal melaungkan azan diikuti dengan Qamat dan Muhammad mengimamkan sembahyang zuhur.
Sejurus sebelum tamat ibadat haji, pada hari "Tashrik", Muhammad (s.a.w.) berkhutbah sekali lagi kepada orang ramai:


"Sesungguhnya nyawamu, hartamu dan maruahmu adalah suci dan tidak boleh diceroboh kesuciannya mulai hari ini, bulan ini adah bulanmu, bandar ini adalah bandarmu sehinggalah hari kamu menemuiNya. Dengarlah apa yang aku katakan! Jangan berlaku tidak adil! Jangan berlaku tidak adil! Jangan berlaku tidak adil! Sesungguhnya harta seorang Muslim tidak halal bagimu melainkan dengan kerelaannya. Sesungguhnya setiap nyawa, harta dan kemegahan berada di tapak kakiku (dibatalkan) sehinggalah ke hari pengadilan. Tuntutan nyawa pertama yang aku batalkan adalah anak kepada Rabi'ah bin Al-Harith yang disusukan oleh suku Sa'ad dan dibunuh oleh Huthayl. Dan Allah, Yang Maha Perkasa, Maha Tinggi telah memerintahkan bahawa riba pertama yang dihapuskan adalah yang dilakukan oleh [bapa saudaraku] Abbas bin Abdul Muttalib. Wang pokok (tanpa riba) dihalalkan untukmu. Jangan berlaku tidak adil dan kamu tidak akan diperlakukan secara yang tidak adil. Sesungguhnya masa telah melengkapkan kitaran ini [dan mengembalikannya] kepada keadaan semasa Tuhan menciptakan langit dan bumi. "


Kemudian beliau membaca, "Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Alah sewaktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiayai diri kamu. " (Al-Qur'an, Al-Taubah (9):36).
Beliau menyambung, "Janganlah kamu kafir selepas pemergianku; dan menyerang satu sama lain. Sesungguhnya syaitan telah berputus asa bahawa orang ramai akan menyembahnya, tetapi dia [akan terus] cuba menimbulkan permusuhan di antara kamu... "

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home